Tuesday 19 March 2013

Seandainya Wanita Tahu


Seandainya Wanita tahu..
Apabila seorang lelaki jatuh cinta,
Wanita itu tidak semestinya punya rupa paras yang cantik
tetapi wanita itu adalah segalanya di hatinya.


Seandainya Wanita tahu..
Apabila seorang lelaki itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia bersandiwara,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai wanita itu.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila seorang lelaki itu marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi wanita itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki itu bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu wanita mengenalinya dengan lebih dekat.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri sayangnya yang sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki merajuk,


Dia bukan mahu anda membelainya
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat lelaki itu rasa dihargai.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu wanita itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki itu berkata dia sangat merinduimu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki kata wanita lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun lelaki menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana wanita itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah,hati lelaki sangat lembut walaupun luaranya kelihatan tegas dan garang
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki berkata,
“Tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Lelaki sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Seandainya Wanita tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Lelaki itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik ketegasan sikapnya,
tersimpan seribu satu perasaan sayang
yang selalu menjadikan seorang wanita itu merasa selamat bersamanya.

Bila Hati Berbicara



Bila Hati berbicara tiada apa yang dapat ku ungkapkan,mulut tertutup rapi hanya 
Tangan yang menari-nari mengikut rentak alunan hati.


Assalamualaikum,
Selamat pagi pembaca semua diharapkan kita semua berada dalam keaadaan sihat dan dirahmati Allah S.W.T selalu.

Hati manusia ni sama... semua berperasaan..
kalau tak berperasaan tu bukan manusia namanya
ada yang cepat benar tersentuh hatinya...
ada yang keras hatinya .. lambat nak terasa hatinya..

sepanjang penghidupan aku di dunia ini..
tahap kemasinan garam yang telah dirasai sedikit sebanyak mengajar aku betul lurus kehidupan..
aku belajar bahawa
salah! jika kamu beranggap semua orang akan bahagia jika kau bahagia..
salah! jika kamu beranggapan setiap senyuman yang dilemparkan itu akan mendapat balasan yang sama
salah! jika kau beri gula gula orang akan ingat kemanisannya sampai mati
salah! jika kau anggap semua angguk itu tanda setuju..

namun...
betul! tak semua orang itu berhati hasad
betul! kebaikan akan menang.. dan kejahatan akan kalah juga akhirnya..
betul! kebahagiaan akan datang selepas kesusahan

Betul! percayalah ..

jika kita buat salah.. sudah tentu akan dipandang salah dan orang akan cepat menghukum!
jika kita buat betul.. pun masih ada orang yang mahu memandangnya sebagai kesalahan..
jadi.. buatlah yang betul yang disukai Allah..! kerana,
hanya Allah sahaja Penilai yang sebenar benarnya atas segala sesuatu!

aku tak perlu terlalu memikirkan mahu membuat segalanya seperti yang kamu mahu..
kerana sudah jelas setiap jenis kebaikan yang ku buat tetap tidak akan pernah cukup.. jika kau tetap tidak mahu menerimanya..

Perjalanan Sebuah Kehidupan


Perjalanan hidup ini tiada siapa yang dapat meramalnya. Keindahan pentas dunia, sering kali mengkhayalkan para pelakonnya daripada menjiwai watak sebenar sebagai seorang hamba-Nya. Firman Allah dalam surah al-Imran ayat 14, yang bermaksud:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada syahwat (perkara yang diingini nafsu), iaitu wanita-wanita, anak-pinak dan harta benda yang banyak melimpah-limpah berupa emas, perak, kuda-kuda yang dipelihara yang bertanda serta baik, binatang-binatang ternakan serta kebun-kebun tanaman. Demikian itu merupakan kesenangan hidup di dunia. (Ingatlah) Di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).”


Disepanjang hayat sejarah kemanusiaan, dalam tamadun mana sekalipun, meski apa darjatnya, meski sebayak mana sekalipun kekayaan hartanya, yang mempercayai kewujudan Tuhan ataupun tidak, seluruh kelompok manusia kesemuanya tidak akan mampu menafikan satu hakikat yang nyata, iaitu maut. Sesungguhnya, seluruh manusia akan melalui episod yang sama pada akhir ceritera hidupnya dengan menemui ajalnya. Setiap yang bernyawa akan merasai mati (rujuk: Surah al-Imran, ayat 185).

Tidak ada yang perlu dibanggakan dalam hayat kehidupan di dunia ini, kerna segala-galanya hanyalah bersifat sementara. Hayati firman Allah azza wa jalla dalam surah Yunus ayat 24, yang bermaksud:
“sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah (dengan suburnya) tanam-tanaman di bumi daripada jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang ternakan. Hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan pendudunya pun menyangka bahawa mereka pasti menguasainya (dapat mengambil hasilnya), tiba-tiba datang perintah Kami (menimpakan bala bencana) pada waktu malam atau pada siang hari, lalu Kami jadikannya hancur-lebur bagaikan tanaman yang sudah dituai, seolah olah tidak tumbuh semalamnya. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami satu persatu kepada kaum yang mahu berfikir.”


Dalam kehidupan manusia segenap lapisan masyarakat, tersemat disanubari satu lagi hakikat yang sering didambakan dan yang tidak dapat disembunyikan buat selama-lamanya sampai akhir usia dunia, iaitu apa yang dinamakan sebagai kebenaran. Sebagaimana manusia tidak dapat lagi menafikan kehadiran maut, demikian juga manusia tidak akan dapat mendustakan kebenaran. Setelah maut memisahkan jasad dan nyawa, maka manusia akan melihat kebenaran yang jelas nyata. Sesungguhnya kebenaran itu adalah disisi Tuhan Yang Maha Esa.

Apabila seseorang itu tidak “menemui” Tuhan atau tidak ada hubungan dengan Tuhan (habluminallah), maka perjalanan hidup yang luas ini terasa sempit baginya dan tidaklah kehidupan ini mampu memberi apa-apa makna dalam hayat hidupnya. Percayalah, tidak ada apa-apa yang hilang disisinya apabila dia ada Allah (beriman kepada Allah), dan tidak ada apa-apa yang dijumpainya atau diperolehinya apabila tidak ada iman dalam hatinya kepada kebesaran kerajaan Allah tabaraka wa taala.

Sesungguhnya kehidupan ini adalah suatu keajaiban. Maka, lihatlah kehidupan ini dengan kaca mata yang benar dalam aspek mencari kebenaran, akur kepadanya serta mempertahankannya sehingga hembusan nafas yang terakhir.

Rasulullah saw pernah mengkhabarkan perihal bagaimana kejadian manusia diciptakan secara berperingkat dengan begitu menakjubkan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih mereka, dari sahabat Abdullah bin Mas’ud ra menyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya setiap daripada kalian dikumpulkan penciptaannya dalam perut ibunya berbentuk nuthfah (setitis air mani) selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi bentuk ‘alaqah (gumpalan darah) selama masa itu (40 hari), kemudian menjadi mudhghah (gumpalan daging) selama masa itu (40 hari) pula. Kemudian diutus kepadanya Malaikat, lalu ditiupkan kepadanya roh dan dia (Malaikat) diperintahkan untuk menulis empat perkara (terhadapnya); menulis rezekinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya.”

Setelah peringkat-peringkat penciptaan ini menyempurnakan kejadiannya, maka lahirlah makhluk yang bernama manusia dalam alam dunia. Ketika manusia dilahirkan, dia tidak ada sebarang pengetahuan mengenai kehidupan ini malah dia tidak mengerti akan tujuan penciptaannya di atas permukaan bumi. Namun, hari berganti hari, tahun berganti tahun, manusia membesar secara berperingkat pula lalu menafsirkan hidup ini melalui peristiwa demi peristiwa yang Allah tabaraka wa taala membawanya dengan penuh hikmah.

Sewaktu perkhabaran Rasulullah saw ini, era Baginda saw beserta para sahabah belum ada sebarang teknologi yang canggih untuk mengkaji serta menjalankan penyelidikan berhubung peringkat-peringkat kejadian manusia. Sungguh, para profesor dunia Barat baru mengetahui hal ini hanya belakangan ini sahaja itupun dengan melalui kajian-kajian yang mendalam beserta bantuan alatan-alatan teknologi moden abad ke-20.

Kebenaran tetap kebenaran meskipun memerlukan berabad lamanya untuk dibuktikan kebenarannya. Namun, ketika Rasulullah saw mengungkapkan perkara ini pada eranya, Baginda saw dikatakan oleh bangsanya sendiri sebagai seorang ahli sihir sesat malah ada yang mengatakannya seorang yang gila! Sekarang lihat, pihak yang mana yang benar-benar diatas jalan kebenaran dan pihak yang mana yang menyalak laungan pendustaan.

Beberapa faedah yang dapat kita peroleh melalui hadis ini. Pertama, berimanlah seteguhnya dengan kebenaran yang dibawa dan jangan sesekali terpengaruh dengan ideologi masyarakat sekeliling yang kebanyakkannya bersimpang daripada landasan kebenaran. Sememangnya dunia akhir zaman ini telah menjadikan golongan-golongan yang membawa kebenaran sebagai “golongan yang asing”. Sungguh, agama ini datang dalam keadaan asing dan akan kembali menjadi asing. Maka teguhkanlah semangat perjuangan demi mendaulatkan ketulenan agama yang suci ini.

Kedua, hadis ini menjadi salah satu dalil yang menunjukkan bahawasanya setiap perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah saw adalah daripada Allah azza wa jalla. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran al-azim bahawasanya setiap yang diperkatakan oleh Muhammad itu tidak lain adalah wahyu daripada-Nya dan bukan pula mengikut hawa nafsunya.
Logik akal mengatakan, mana mungkin seorang manusia yang tidak tahu membaca dan menulis mampu mengkhabarkan peringkat-peringkat kejadian manusia secara terperinci tanpa sebarang bantuan teknologi moden melainkan diberitakan kepadanya oleh Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Ketiga, hadis ini menjadi dalil bahawa roh manusia ditiupkan oleh Malaikat setelah 120 hari dalam kandungan. Daripada hadis ini juga para sarjana mengambil hukum, mengeluarkan fatwa lalu menyelesaikan beberapa masalah.
Contohnya, apabila terjadinya keguguran setelah 120 hari dalam kandungan (setelah roh ditiupkan), maka mayat bayi itu harus dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan ditanah perkuburan Islam. Bahkan harus diberi nama dan diadakan aqiqah untuknya, sebab bayi itu telah menjadi manusia yang sempurna dan tetap atasnya hukum orang dewasa dalam hal ini.

Keempat, hadis ini juga menunjukkan betapa Allah tabaraka wa taala meletakkan perhatian-Nya keatas hamba-hamba-Nya yang kerdil ini. Betapa Allah sangat-sangat teliti terhadap ciptaan-Nya sehingga meletakkan tugas khas kepada sebahagian Malaikat-Malaikat-Nya untuk mengawasi manusia ketika dalam kandungan ibunya, juga mengutuskan Malaikat ketika ia lahir kedunia, demikian pula ada Malaikat yang diutus untuk menutup tirai lakonannya diatas pentas dunia yang fana. Ini semua menunjukkan betapa besar perhatian Allah taala kepada kita meskipun sebilangan hamba-hamba-Nya sering melupakan-Nya. (Pesanan untuk diri penulis dan pembaca yang mulia.)

Kelima, bahawasanya rezeki, ajal, amal, dan kecelakaan atau kebahagiaan seseorang telahpun ditulis dan hal ini menafikan ideologi sebahagian kelompok yang menyatakan bahawasanya Allah tidak tahu apa yang makhluk bakal lakukan melainkan setelah perkara itu telah dilakukan oleh makhluk-Nya. Sungguh keji perkataan mereka.
Jika ada yang bertanya: Seandainya segalanya ini telah dituliskan, adakah ini bererti kita tidak perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki? Maka katakanlah kepada orang itu bahawa kita diperintahkan untuk berusaha. Sesungguhnya, manusia manapun tidak ada yang tahu akan apa yang telah dituliskan untuk dirinya. Kerana itu, kita hanya diperintahkan untuk berusaha mendapatkan apa yang bermanfaat untuk kita dan menjauhi dari apa yang membahayakan kita.

Dalam hadis yang sama, Rasulullah saw melanjutkan ucapannya:
“Demi Allah yang tidak ada Tuhan yang berhaq diibadahi dengan benar selain-Nya, sesungguhnya ada diantara kalian yang beramal dengan amalan ahli Syurga sehingga jarak antara dirinya dengan Syurga tinggal sehasta, akan tetapi ketentuan (takdir) telah mendahuluinya kemudian dia beramal dengan amalan ahli Neraka, maka masuklah dia kedalam Neraka. Dan sesungguhnya diantara kalian ada yang beramal dengan amalan ahli Neraka sehingga jarak antara dirinya dengan Neraka tinggal sehasta, akan tetapi ketentuan (takdir) telah mendahuluinya kemudian dia beramal dengan amalan ahli Syurga, maka masuklah dia kedalam Syurga.”

Seandainya dia mengerti bahawasanya tidaklah Allah menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Nya, maka selamatlah dia dengan kebenaran kalamullah itu. Kontradiksinya, jika dia gagal untuk menghayati kebenaran agama yang suci ini (Islam), dukacitalah dipengakhiran hayatnya diabadikan dalam Neraka. (Semoga Allah memelihara kita semua).

Lanjutan hadis ini menjelaskan kepada manusia, bahawasanya diakhir ceritera anak cucu Adam terdapat dua kemungkinan, iaitu sengsara atau bahagia. Firman Allah dalam surah Hud ayat 105 yang bermaksud:
“Maka diantara mereka ada yang celaka dan ada yang bahagia.”
Firman-Nya lagi dalam surah at-Taghaabun ayat dua yang bermaksud:
“Dia-lah yang menciptakan kamu maka di antara kamu ada yang kafir dan di antara kamu ada yang mukmin.”
Pohonlah kepada Allah agar Dia menjadikan kita semua termasuk golongan yang diredhai-Nya, yang dapat mengecapi nikmat kebahagiaan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Bahagian kedua dalam hadis ini membawa satu pesanan yang amat menggugat jantung hati manusia. Antaranya, kita diperintahkan untuk istiqamah dalam urusan kehidupan. Sesungguhnya istiqamah bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan meskipun ringan di lidah yang mengungkapkan.
Bayangkanlah, betapa rugi insan yang sepanjang hayatnya beramal dengan amalan ahli Syurga namun dihujung persimpangan hayatnya dia beramal dengan amalan ahli Neraka, maka tergelincirlah dia kedalam Neraka kerana tidak istiqamah beramal dengan amalan ahli Syurga. Disini, wujud kepentingan untuk terus teguh istiqamah beramal dengan amalan-amalan yang diredhai-Nya kerna kita tidak tahu bila nyawa kita akan diambil oleh Malaikat Maut.
Demikian juga sebaliknya, kita tidak boleh untuk menghukum seseorang yang sering melakukan kejahatan dan kemungkaran disepanjang hayatnya. Siapa tahu, mungkin diakhir-akhir hidupnya dia mula insaf dan mula beramal dengan amalan ahli Syurga lalu dia dimasukkan dengan rahmat Allah ke dalam Syurga?

Harus diingat, untuk memperoleh hidayah Allah atau mencari petunjuk Allah swt adalah lebih mudah jika dibandingkan untuk teguh istiqamah diatasnya. Perlaksanaan istiqamah ini secara tidak langsung menuntut kita untuk berada tetap diatas landasan kebenaran yang lurus sehingga diakhir persimpangan kita menemui ajal. (Mudah-mudahan hayat kita ditutup dengan kebaikan.)

Dalam aspek kelangsungan dakwah, contohilah Nabi Nuh as yang istiqamah dengan agenda dakwahnya selama hampir seribu tahun. Sebagaimana diberitakan dalam al-Quran, Nabi Nuh as berkempen siang dan malam dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah dakwah. Namun, apa kata Nabi Nuh as? Katanya, tidaklah bertambah jumlah orang yang mahu menerima dakwahnya melainkan mereka lari daripadanya. Mereka tutup telinga dengan jari-jemari mereka dan mereka tutup kepala mereka dengan pakaian mereka tanda protes dengan dakwah Nabi Nuh as. Itupun Baginda as tidak berputus asa menggerakkan dakwahnya di atas muka bumi ini.


Tersenyumlah. Jangan Bersedih, Allah Bersama Kita


Saat kita menempuhi onak duri dunia, ya mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. Kemudian ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah terbentuk. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira bagaikan silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. esok, lusa, mana tahu kita akan mati.
Wahai Hamba Ilahi,
Allah mendugamu bukan kerna Dia mahu menyusahkan dirimu tetapi Dia ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNya..
Ingatlah, Allah tidak pernah melupakan kita tetapi mungkin kita yang selalu melupakanNya, melupakan ayat-ayatNya, melupakan nikmat-nikmat yang telah kita pinjam dariNya..
Ketika kita senang, dengan enteng kita meninggalkanNya. Ketika kita susah, kita meraung menyeru namaNya. tidak malu kah kita padaNya? sedarlah ! kita hambaNya bukan siapa-siapa. Jika tidak kerna kasih sayangNya kita tidak akan dapat merasai apa yang kita miliki tika ini..
Sedarlah jiwa-jiwa yang terleka.
Hadapilah segala ujian dengan rasa kehambaan kepadaNya.Tersenyumlah kerna setiap kesulitan itu pasti akan disusuli oleh kemudahan.Sesungguhnya dugaan dan ujian hadir dalam hidup kita adalah tanda sayangnya Allah pada kita. Oh untungnya kita.
Ayuh kembali menjadi hamba-Nya, kesilapan yang lalu jadikanlah sebagai pengajaran buat kita agar terus berjaya di masa depan .Jangan biarkan kegagalan itu membunuh jiwa kita untuk terus bangkit.
Buatmu wahai jiwa – jiwa yang terluka..
Jangan bersedih, kerana qadha’ telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan telah pun dilipat, dan setiap perkara telah ditetapkan! Betapapun, kesedihan anda tidak dapat mendahulukan atau menta’khirkan kenyataan yang terjadi, dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang telah ditetapkan.
Jangan bersedih, kerana kita telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan hari nya. kesedihan demi kesedihan bakal membuat kita semakin terperuk dalam keputus asaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. Padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan
Jangan bersedih, sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan anda. Oleh sebab itu, jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan dengan ketakutan, dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang mensia-siakan waktu.
Wahai hamba Allah, iaitu saya dan kamu..
Gara-gara kesedihan, air yang manis akan terasa pahit, makanan yang lazat terasa hambar dan bunga mawar yang mekar mewangi terus menjadi layu. Kita sendirilah yang menggerakkan saraf pemikiran kita, mengubah situasi kita, meletihkan hati kita dan menganggu tidur kita dengan rasa kesedihan itu.
Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir airmata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya kita disisi Allah. Jika kita soal pada hati kita yang paling dalam. berapa banyakkah dosa kita? sikitkah? banyakkah? terhitungkah? Allahu Rabbi… Semoga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita serta menggerakkan hati-hati kita supaya sentiasa bertaubat kepadaNya agar diri kita tidak tenggelam dengan dosa-dosa yang menggelapkan hati lalu memadam nur hidayah yang diidami..sama-sama kita renungi diri kita ini lebih-lebih lagi yang menulis ini dan sahabat-sahabat yang dikasihi. insyaAllah, moga Allah redha ke atas kita semua.

Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa, senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.. jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.. buat pedoman. 

 “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)

Apa Makna Di Sebalik Ijab dan Kabul?


Assalamualaikum..
InsyaALLAH hari ni berkongsi sedikit ilmu, semoga bermanfaat buat kita, berkenaan dengan perkahwinan dan apa di sebalik perkahwinan..
Bila disebut kahwin, nikah pasti hati berbunga-bunga dan girang.. Baik lelaki mahupun peempuan.. Tapi apa sebenarnya pandangan kita tentang perkahwinan sebenarnya? Apa yang kita faham tentang tersirat di sebalik perkahwinan tu? Apa yang kita tahu tentang tanggungjawab bila begelar suami dan isteri?
Wahai lelaki..
Saya ajukan persoalan adakah bersedia kita untuk menempuh alam perkahwinan dan bersediakah kita menjadi suami? Faham kah kita apa tanggungjawab kita sebagai suami? Faham kah kita tentang maksud amanah kepada kita?
Wahai wanita..
Adakah bersedia menjadi isteri? Adakah kita tahu kepentingan berpegang kepada satu perkataan iaitu taat? Apakah bersedia menjadi pendamping si suami? Adakah mampu kita melengkapi diri suami?
Tahu kah sebagai lelaki apa dipertanggungjawabkan selepas menerima ijab dari wali si perempuan? Kita mungkin hanya melihat “Aku terima nikahnya seperti tersebut” sebagai sah lelaki menjadi suami, dan mungkin hanya mengangguk mengesahkan lafaz tersebut, tapi sedarkah maksud yang besar di sebalik lafaz aku terima nikahnya itu?
Jadi untuk lebih mudah kepada kita, saya cuba dengan pendekatan seperti ini, andai kata sukar untuk memahami maksud “aku nikahkan dikau” itu, secara senangnya seperti ini.
“Sudikah kamu tanggung segala dosa yang dia buat di dalam batas pandanganmu dan kamu hanya memandang? Sanggupkah kamu ditarik ke neraka atas segala apa yang terabai untuk perempuan yang engkau peristerikan? Segala apa yang isteri kamu buat, semuanya atas tanggungjawab kamu dan adakah kamu sanggup? Relakah kamu menjadi dayus andai kata maksiat dari isteri kamu sedangkan kamu membisu? Dan sanggupkah kamu menjaga amanah ini sehingga kamu kembali kepada ALLAH”
Ini sebenarnya maksud dari ijab itu, kita ambil remeh ambil ringan perkara ni, kita tanya kawan-kawan saudara mara berapa ramai yang betul-betul hayati apa maksud sebenar amanah ini dari ALLAH.. Dan saat kita menerima lafaz ijab itu, maka terletaklah di atas bahu kita tanggungjawab itu, dan setiap kali kita mungkiri apa yang kita patut tunaikan, maka itu akan ditulis dan disoal di hadapan ALLAH nanti..
Bukan senang kan jadi lelaki, tapi kalau ikut syariat yang dianjurkan agama, insyaALLAH akan ada kesenangan.. Jadi walaupun kali ini penulisan agak ringkas (hanya menekankan tanggungjawab dan huraian sedikit tentang lafaz ijab, yang insyaALLAH akan tiba pada kita sebagai lelaki) diharap dapat memberi manfaat kepada kita..
Wallahu a’lam..

Sayangilah Ibu Kami Ya Allah

Sayangilah Ibu kita selagi hayat mereka masih ada,sesungguhnya
 syurga itu terletak dibawah telapak kaki ibu


Pada suatu hari seorang Pemuda yang bernama Hassan tidur dan telah bermimpi. Dalam mimpinya, seolah-olah setiap orang dapat melihat bentuk hati di dada orang lain termasuk hatinya sendiri. Sekilas,dia sangat mengagumi dan hairan dengan suasana ini. Hassan mengalihkan pandangan ke dadanya sendiri, dia sangat bangga ketika melihat hatinya berwarna merah jambu utuh dan berkilauan. “Hati yang sempurna” katanya,
“Tak bercacat dan tak bernoda”.
Lalu dia melangkahkan kakinya keluar. Dia mulai mengamati hati orang-orang di sekitarnya. Ada yang terpancar indah seperti miliknya, ada yang terdapat luka, ada yang besar, ada yang kecil, dan sebagainya. “Wow, luar biasa…” katanya lagi. Si Hassan semakin yakin bahawa hatinyalah yang paling sempurna kerana dia tidak melihat ada hati yang lebih indah dari miliknya.
Tiba – tiba, pandangan Hassan terpaku saat melihat seorang wanita tua yang bertudung labuh. Wanita tua itu hampir tidak kelihatan wajahnya. Wanita tua itu berhati sangat besar tetapi tak berbentuk. Hassan pun kehairanan kenapa banyak sekali lubang terdapat pada hati orang itu.
Dia berjalan mendekati si wanita tua itu dan bertanya kepadanya.
“Kenapa hatimu seperti itu? kenapa tidak berbentuk sempurna dan indah seperti milik saya?” Katanya dengan megah.
Jawab wanita itu, “Mungkin kerana kamu masih terlalu muda dan belum begitu memahami dunia.”
Wanita tua melanjutkan kata – katanya,
“Setiap kali saya mencintai seseorang, saya mencungkil hati ini dan saya berikan padanya. Begitu juga jika saya menolong seseorang, selalu ada serpihan hati yang ku berikan pada orang itu.
Dulu, waktu saya masih muda dan bergaul dengan banyak sahabat, hati saya terhiris-hiris kerana harusdibahagikan pada banyak sahabat. Semasa saya menikah dan mempunyai anak, hati saya hampir habis tersiat-siat untuk memahami suami dan mengasuh anak.”
“Tetapi, ada suatu masa di mana orang – orang lain juga mulai membahagi hati pada saya. Mereka jugabelajar menghiris hatinya untuk menutup setiap luka di hati saya hingga bertompok-tompok, itulah sebabnya kenapa hati saya lebih besar dari hatimu, sekalipun tidak ada bentuk lagi.
Memang, tidak semuanya mahu berbuat sedemikian, itulah sebabnya kenapa masih banyak lubang ternganga di hati ini. Sekarang, hati siapa yang lebih indah? hatiku atau hatimu?”
Hassan tertegun untuk sekian lama. Dia mulai menyedari bahawa hati wanita tua itu jauh lebih sempurna dari hatinya. Luka, cacat, dan banyaknya tampalan di hati wanita itu menjadikannya lebih indah dan lebih besar dari miliknya. Setiap lubangnya seolah – olah berbicara tentang cinta dan keikhlasan dalam kehidupan yang dijalaninya..

10 Sifat Calon Suami Yang Baik


  • Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  • Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur.
  • Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  • Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  • Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  • Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  • Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  • Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  • Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  • Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Kisah Cinta Saidina Ali Dan Saidatina Fatimah


Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.
Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha denganbekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.
”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab.
Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya.
Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?
Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nyadunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorangisteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”
Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal maskahwin?”
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.” “Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.
Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”.
Begitulah cinta yang bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya.
Memang sukar menjadi mereka, tetapi untuk meneladani mereka tidaklah sukar. Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, melamar gadis pilihanmu dengan jalan yang diredhaiNya, yakni pernikahan, bukannya couple, kerana bercouple itu banyak keburukan berbanding kebaikan. Para wanita pula, teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.
Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu.
Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita. Buat diriku juga, saat ku jatuh cinta denganmu, akan ku diam dan dirimu pasti tak ketahui, melainkan setelah diriku datang kepada keluargamu, untuk menzahirkan yang terbuku, wahai jodoh yang tak diketahui.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.
Contohilah kisah cinta dua manusia agung ini…