Wednesday, 18 September 2013

Siapakah Dia MAK CIK TUA itu???

DITULIS BERDASARKAN PERISTIWA YANG AKU LALUI SENDIRI

Sekadar nak berkongsi satu peristiwa yang berlaku pada aku hari nie yang membuatkan aku jadi pelik dan binggung seketika...Pagi tadi sebelum pie office,sekitar dalam pukul 9:50 pg...Aku singgah breakfast dekat kedai mamak xberapa jauh dari office...Sampai jer kat kedai tue trus aku order makanan,sementara tunggu makanan aku sampai aku terpandang sesosok tubuh seorang mak cik tua yang sedang duduk dikaki lima beralaskan kotak sambil tangan kanan nya memegang tasbih seperti sedang berzikir...Aku nie xboleh tengok benda2 macam tue kerana hatiku nie mudah tersentuh tambahan pula aku dah tak punya ibu bapa,memang hati aku cepat nak rasa sedih...Tampa berfikir panjang aku terus melangkah ke arah mak cik tua tue... Niat aku cuma ingin bersedekah sedikit duit kepadanya...Namun dia menolak duit yang aku beri katanya jika anak ikhlas nak tolong mak cik cukuplah sekadar belikan mak cik makanan sebab mak cik lapar dari semalam mak cik xmakan lagi,Ya Allah sedihnya hati aku mendengarnya...Aku terus mempelawa dia makan sekali dengan aku... Dia lebih banyak berdiam diri dari menjawab pertanyaan aku...Yerlah aku faham mungkin dia malu dengan aku...Lepas habis makan, dia menadah tangan berdoa semoga rezeki aku dimurahkan... Sebaknya hati aku sampai mengalir air mata nie...Lepas aku bayar semua makanan,aku pun minta izin untuk pergi dulu... Sebelum aku pergi mak cik tue ada memberi bungkusan plastik yang dah agak lusuh dan kotor kepada aku katanya hadiah darinya untuk aku... Kerana xnak kecilkan hati mak cik tue aku ambil juga... Dalam hati aku berkata nie mungkin sampah jer kot dia mintak aku tolong buangkan...Aku masuk dalam kereta dan aku buka bungkusan plastik tadi,terkejut aku sebab ada duit dalam plastik tue...Aku terus keluar dari kereta dan pergi semula ke kaki lima tadi... Tapi kelibat mak cik tadi sudah tidak kelihatan... Kebetulan ada brader repair kasut dekat kaki lima tue, aku pun tanya kat dia... Bang tadi ada tak nampak sorang mak cik tua duduk kat tepi nie... Entahla dik,abg tak nampak pun ada mak cik tua duduk kat sini...Tiap2 hari abang ada kat sini tapi xpernah nampak pun ada mak cik tua kat sini...Lagilah aku bertambah binggung dan pelik,aku pon masuk balik ke kereta... Duit yang ada dalam plastik tue semua sekali berjumlah 3720...Duit tue sudah pun aku sedekahkan di tabung masjid tempat aku sembahyang zohor tadi...Aku ikhlas kerana Allah...Langsung tak ada niat nak minta balasan atas pertolongan yang diberi... Tujuan aku cerita nie bukan nak riak ataupun nak tunjuk kat orang yang aku nie baik tetapi sekadar nak sama2 muhasabah diri kita terutamanya diri aku sendiri...Allah itu sentiasa melihat dan menilai apa yang kita lakukan... Sekiranya baik maka baik lah balasanya... Yang menjadi tanda tanya dalam fikiran aku sekarang nie,siapakah dia mak cik tua yang aku jumpa pagi tadi ??????? Aku masih pelik dan binggung...

Tuesday, 17 September 2013

Bersihkanlah Hati kita

Didalam tubuh manusia terdapat segumpal darah iaitu hati. Apabila hati itu baik, maka baiklah keseluruhannya, dan sebaliknya apabila hatinya jahat, maka jahatlah keseluruhannya.

Hati adalah penentu kualiti diri seseorang. Oleh kerana itu, bagi memperbaiki manusia secara keseluruhan terletak pada keberkesanan kebaikan hatinya. Pembinaan dan pendidikan diri manusia tidak beerti apabila tidak diikuti dengan pembinaan hati. Keberkesanan pembinaan kualiti diri manusia bergantung pada kejayaan pembinaan hati seseorang itu. Tidak ada maknanya sekira dikurniakan tubuh badan yang sihat tetapi tidak pada hatinya.

Segala apa yang kita lakukan adalah terletak pada niat dan hati. Apabila niatnya ikhlas hanya kerana Allah semata-mata, amalannya adalah tinggi nilainya. Sebaliknya jika niat itu lari dan hanya inginkan pujian semata dari orang dan bukannya kerana ingin mendapat keredaan Tuhan, maka amalannya adalah tidak bernilai sama sekali. Ketahuilah bahawa niat yang baik terletak pada hati kerana hati yang bersih menghasilkan niat yang ikhlas. Daripada niat yang ikhlas melahirkan kekuatan yang begitu besar.

Hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita bersih, pasti iman dapat kekal didalamnya. Keimanan tidak dapat bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Keimanan hanya kekal pada hati yang bersih. Berusahalah membersihkan hati dengan berzikir, merenung dan mengkaji tanda-tanda kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Latihlah hati menerima dan menterjemah hikmah daripada setiap sesuatu kejadian dikeliling kita kerana hanya dengan ini hati akan sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit hati.

Ikhlaskan Hati

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam hadis Qudsi yang bermaksud :- 


“Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” -Riwayat Ahmad dan Hakim. 


Sesungguhnya sifat ikhlas akan memberikan kesegaran kepada jiwa, keikhlasan memberi dan menerima dalam apa jua bentuk pertolongan atau pemberian dari setiap individu muslim itu. Sifat ikhlas itu perlu disemai sejak kecil lagi, kerana keikhlasan itu membuat hati kita gembira dan tenang dalam menghadapi sesuatu keadaan. Tatkala hati dirundung sedih, hati akan tenang kerana keikhlasan dan keredhaan yang tersemai didalam diri. Ketika hati diterjah kegembiraan, ada kesyukuran meniti dibibirnya. 

“Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mangasihinya” -(Riwayat Abu Hasan Al Basri)


Kerana ikhlas satu rahsia Allah, tentu tidak mungkin kita dapat mengetahui siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak. Malah diri kita sendiri pun mungkin kadang-kala susah untuk dipastikan apakah amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya. Kita tidak boleh mengatakan diri kita ikhlas “saya ikhlas”. Ikhlaskah kita sebenarnya?? 

Kerana ketidak ikhlasan dalam diri, jiwa akan menjadi rosak dan berdendam, berdendam sememangnya dilarang dalam Islam. Keikhlasan bukan sahaja memberi kesegaran kepada jiwa, tetapi boleh membuatkan anda bertambah taqwa kepada Allah SWT. 

Oleh itu, kebersihan hati hanya boleh dicapai dengan iman dan taqwa kepada Allah SWT, dengan secara langsung keikhlasan akan terpancar di jiwa. Lakukan sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas, berilah sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas bukan dengan ada sebab lain. Harapkan belas ihsan dari Allah semata2. Nescaya lebih keberkatan didalamnya.

Monday, 22 July 2013

Didik SabarMu Dalam Ramadhan...

Sabar dari segi bahasa bermaksud menahan atau mengekang...Dari segi istilah pula membawa maksud menahan atau mengekang diri daripada keluh kesah dan sedih dalam menghadapi sesuatu yang tidak disukai...Antonim bagi sabar adalah sedih dan keluh kesah...
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.”[Ali Imran, 3:200]
Dalam Islam, sabar itu terbahagi kepada tiga bahagian;
  1. Sabar dalam menunaikan perintah Allah
  2. Sabar dalam meninggalkan larangan Allah
  3. Sabar dalam menghadapi ujian daripada Allah
Menurut Imam al-Ghazali, sabar dalam menunaikan perintah Allah boleh dibahagikan kepada tiga iaitu sabar sebelum, semasa dan selepas mengerjakannya. Sabar sebelum ialah kita mampu menahan daripada godaan-godaan niat. Sering kali niat kita akan berselang-seli dengan pengharapan terhadap pujian, pengiktirafan dan balasan daripada manusia ketika melakukan sesuatu. Dengan penerapan sifat sabar sebelum, kita sepatutnya mampu membuang niat-niat lain selain daripada mengharapkan keredaan Allah semata-mata dalam sebelum mengerjakan perintah Allah.
Sabar yang kedua ialah sabar semasa melakukan ketaatan kepada Allah. Sabar ini menuntut kita supaya menahan diri daripada keluh kesah atau sedih dengan sebarang kepayahan, kesusahan dan kesulitan yang berlaku semasa kita mengerjakannya. Contohnya, ketika berpuasa tentulah kita berasa sedikit lapar, dahaga dan letih. Tambahan pula, kita terlarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang membatalkan puasa kita seperti memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan, muntah dengan sengaja dan sebagainya. Namun, kita perlu bermujahadah dengan bersabar dan meneruskan puasa kita sehingga waktu maghrib tiba.
Sabar yang ketiga ialah sabar selepas mengerjakan ketaatan kepada Allah. Sabar ini memerlukan kita menahan diri daripada bersifat syirik kecil iaitu riyak, ujub dan sum’ah. Riyak bermaksud suka menunjuk-nunjuk, ujub bermaksud berasa hairan(kagum) dengan kemampuan diri sendiri manakala sum’ah bermaksud suka mendengar pujian. Menurut Imam al-Ghazali, sabar pada peringkat ini adalah yang paling sukar.
Sifat sabar itu dikatakan adalah sumber kejayaan dan kekuatan orang Islam. Merujuk Surah al-Anfal ayat 65 yang berbunyi “Jika ada 20 orang yang sabar antaramu, nescaya mereka akan dapat mengalahkan 200 musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar antaramu, nescaya mereka akan dapat mengalahkan 1000 daripada orang kafir.
Sifat sabar juga boleh dibahagikan kepada tujuh pecahan mengikut kategori.
1. Sabar daripada kehendak syahwat perut dan kemaluan. Sabar ini disebut iffah.
2. Sabar dalam menghadapi musibah. Sabar ini disebut sabar.
3. Sabar dalam keadaan kehidupannya yang serba cukup dan mampu. Sabar ini disebut mengawal nafsu.
4. Sabar dalam peperangan dan pertempuran. Sabar ini disebut shaja’ah (berani).
5. Sabar dalam mengekang marah. Sabar ini disebut al-hilm (lemah lembut).
6. Sabar menyimpan rahsia. Sabar ini disebut katm.
7. Sabar memiliki kelebihan dan kemewahan. Sabar ini disebut zuhud.
Jadi, secara kesimpulannya ternyata sifat sabar ini adalah sangat indah jika berjaya diterapkan ke dalam diri sepanjang menjalani kehidupan seharian, terutamanya ketika berada dalam bulan Ramadan penuh keberkatan ini. Selari dengan definisi puasa itu sendiri iaitu menahan diri, marilah kita sama-sama mendidik sabar (menahan) dalam diri masing-masing kerana sabar juga merupakan satu cabang muhajadah kita dalam mengerjakan ibadah puasa.
“ Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayyub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba.” [38:44]
“ Bersabarlah! Sesungguhnya Allah sentiasa berserta orang yang sabar.” [8:46]

Thursday, 28 March 2013

Mahar Dariku UntukMu

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (QS. Ar-Rum: 21)



Saudaraku Ikhwan dan Akhwat yang disayangi Allah SWT, rasanya sudah tidak asing lagi dalam kehidupan kita baik bagi yang sudah membina rumah tangga atau yang belum dengan satu ayat ini yang sering dicantumkan dikartu undangan walimahan. Qur’an surah Ar Rum 21 yang menggambarkan betapa indahnya sebuah rumah tangga yang dibentuk dalam bingkai Qur’an dan Sunah. Sungguh sebuah jalan pintas yang diberikan oleh Allah bagi siapa saja yang mendambakan surga.


Siti Aisyah berkata, Rasulullah Saw bersabda: "Apabila seorang hamba menikah, maka sungguh ia telah menyempurnakan setengah agamanya. Maka, bertakwalah kepada Allah pada setengahnya lagi" (HR. al-Baihaki)Rasulullah Saw bersabda: "Ada empat hal yang termasuk sunnah para Nabi : Malu, memakai wangi-wangian, siwak dan nikah" (HR. Turmudzi).



Rasulullah mengatakan, bahwa : "Nikah adalah sunnahku, dan barang siapa yang tidak menyukai sunnahku (menikah), maka ia bukan termasuk ummat dan golonganku"


Saudaraku Ikhwan dan Akhwat yang disayangi Allah SWT dalam merencanakan sebuah pernikahan mari kita perhatikan sabda Rasulullah dalam memilih pasangan hidup didunia ini dan Insyaallah semoga bisa juga menemani di surga.


"Nikahilah wanita kerana 4 perkara, hartanya, kecantikannya, keturunannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, pasti engkau beruntung"

  

Mari kita renungkan bersama mengapa Rasulullah begitu menganjurkan memilih “agama” dibandingkan dengan harta, kecantikan atau keturunan dalam memilih pasangan jiwa, dan ini dapat dikaitkan juga dengan masalah mahar yang menjadi syarat syah dalam pernikahan. Walaupun Rasulullah tidak melarang seorang wanita menentukan mahar yang diinginkan sesuai kemauannya karena itu merupakan hak baginya. 
  
"Rasulullah saw bersabda: "Apakah kamu mempunyai sesuatu untuk mas kawinnya?" Laki-laki itu menjawab: "Tidak" Rasulullah saw bersabda kembali: "Carilah sekalipun sebuah cincin dari besi" (HR. Muslim)
Rasulullah saw bersabda: "Wanita yang paling banyak berkahnya adalah yang paling ringan mas kawinnya" (HR. Hakim dan Baihaki)



Harta akan musnah, ditinggalkan didunia yang fana dan diri ini akhirnya hanya berbalut kain kafan putih yang tidak berharga. Kecantikan atau ketampanan hanya akan menjadi fitnah dunia bila tidak berhati-hati dalam menjaganya, gurat kerutan wajah itupun akan bertambah dengan seiring berlalunya waktu. Bukanlah seorang Srikandi atau Satria yang membangga-banggakan kesuksesan silsilah keluarganya, tapi “Inilah Aku” yang menorehkan sejarah.


Sauadaraku Ikhwan dan Akhwat yang disayangi Allah SWT bersegerahlah dalam mempersiapkan mahar dari sekarang untuk calon pasangan jiwa kita dan yakinlah cerminan mahar yang telah kita buat adalah Isteri atau Suami yang menjadi pendamping hidup kita. Mahar dariku dan kembali untukku, wahai saudaraku Ikhwan dan Akhwat yang disayangi Allah SWT, inilah mahar yang sebenarnya yang dapat membeli yang tak terbeli oleh dunia.

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga). ( An Nuur : 26 )

Wednesday, 27 March 2013

Bersikap Positif Dalam Menghadapi Masalah


 Manusia tidak pernah lari daripada masalah sama ada kanak-kanak, remaja , mahupun dewasa . Masalah yang menimpa berbeza-beza mengikut kemampuan masing-masing .

Namun, perkara yang ingin ditekankan ialah cara menangani masalah tersebut, Banyak kes  yang berlaku kini, ramai yang mengambil jalan mudah untuk meredakan tekanan dengan cara membunuh diri. Tiada syurga buat hamba Allah yang membunuh diri. Ada juga yang terlibat dengan masalah sosial terutamanya golongan remaja. 

Apabila kita memperoleh keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan misalnya, tidak melayakkan diri kita mendapat tawaran mana-mana universiti. Hal ini menimbulkan rasa sedih, tambahan pula jika kita sudah berusaha sehabis baik tetapi keputusan yang diperoleh tidak memadai. Sedarlah bahawa ketika itu Allah sedang menguji dan ujian tersebut bukanlah sesuatu yang tidak mampu kita tangani. 

SERAH KEPADA ALLAH 

Mari kita berfikir secara positif, kita tidak memperoleh keputusan yang baik kerana itu mungkin akan menimbulkan perasaan riyak. Ya, kita tidak tahu apa yang terbaik untuk masa hadapan kita. Maka serahkan sahaja urusan menentukan kehidupan tersebut kepada Allah. 

Seperti yang diceritakan dalam surah al-Kahfi, ayat 66 hingga 82 iaitu kisah pengembaraan Nabi Musa a.s bersama Nabi Khidir. Dalam pengembaraan tersebut, mereka telah membuat perjanjian supaya Nabi Musa tidak boleh mempersoalkan setiap perbuatan Nabi Khidir. Ada suatu ketika Nabi Khidir telah membunuh seorang anak kecil. Pada akhir pengembaraan sebelum mereka berpisah, Nabi Khidir berkata kepada Nabi Musa : " Anak itu apabila besar nanti akan menjadi seorang anak yang derhaka kepada ibu bapa dan Tuhannya."

Kita harus sedar bahawa semua orang mempunyai masalah. Mengapa begitu ketetapan Allah? Kerana Allah sayangkan kita , Allah tidak pernah lupakan kita, supaya kita menjadi lebih sabar dan supaya kita menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur. Ada satu kata-kata yang berbunyi : Whatever happen, there might be a reason after that." InshaAllah kita akan menjadi seseorang yang lebih sabar jika kita berfikir lebih positif. Wallahua'lam 

Saturday, 23 March 2013

Aku Yang Bersalah

Ditulis berdasarkan kisah yang pernah berlaku dalam hidupku.


Malam ini sudah menjadi seperti malam-malam kebiasaanya susahnya aku ingin melelapkan mata.Golek kanan,golek kiri mata ni tak mahu juga terlelap.Aku melihat jam di dinding sudah menunjukan pukul 3:45 Pagi.”Isssshh dah lewat pagi ni tapi masih tak tidur lagi,esok pagi dah la aku ada meeting dengan client,tak boleh jadi ni”bentak aku dalam hati.

Sedang aku berusaha untuk melelapkan mata tiba aku teringat pada seseorang ni satu-satunya wanita yang aku paling cintai sehingga kini iaitu EMS (Ringkasan nama sebenar).Walaupun aku mengenali ramai wanita diluar sana tapi mereka semua tak mampu untuk memadam nama EMS dalam hatiku kerana aku meletakkan dia terlalu tinggi dalam hatiku sehinggakan aku sendiri tidak mampu untuk memadamkanya.”Apa khabar u sekarang??...U sihat??...Macamanalah keadaan u sekarang??...Walaupun sekarang kita dah berpisah namun sehingga kini i masih cintakan u...Sampai ke saat ini i masih sayangkan u...Hingga ke waktu i masih merindui u seperti selalu...Tak pernah sedikit pun perasaan i pada u berubah”.Bisik aku dalam hati,kenangan manis sewaktu menjalin hubungan perasaan bersamanya sungguh tidak dapat aku lupakan kerana bagiku itulah satu-satunya kenangan terindah yang pernah berlaku dalam hidup aku.

Hadirnya dia didalam kehidupanku sebenarnya sedikit sebanyak telah banyak mengubah lanskap pemikiran dan caraku dalam menguruskan kehidupan.Dia juga adalah inspirasi aku dalam menghasilkan sesuatu kerja dengan mutu yang baik daripada sebelum ini.Jika sebelum ini hidupku suram dan sunyi namun dialah insan mengubah segalanya menjadi ceria dan gembira.”Terima kasih EMS kerana membuat i berasa bahagia”.Namun kini segalanya telah berubah kerana EMS sudah pergi.keadaan hidupku kembali seperti dahulu.Suram dan sunyi kembali menghuni jalan-jalan hidupku.

Tak dapat aku menafikan permergian EMS dari hidup aku sebenarnya meninggalkan kesan yang sangat mendalam,boleh dikatakan separuh daripada semangat dan jiwaku turut pergi ikut bersamanya dan aku ibarat pemandu yang kehilangan arah untuk dituju.Perpisahan kami terjadi disaat aku tidak bersedia untuk melepaskannya.kalaulah boleh ku putarkan kembali masa itu takkan aku ucapkan selamat tinggal padamu EMS, kerana aku teramat mencintai dan sayangkanmu setulus hatiku.

Kenyataannya semua itu sudahpun berlaku takkan mungkin aku mampu untuk mempertahankanya lagi.Kalaulah ada seseorang yang patut dipersalahkan diatas perpisahan ini mungkin akulah yang harus menjadi pesalahnya kerana semua ini berlaku mungkin disebabkan kekhilafan aku dalam mengawal sifat ego diriku sendiri dan terlalu lantang dalam menyuarakan pendapat yang aku rasakan betul tetapi tidak bagi dirinya.Aku juga terlalu banyak menekan daripada duduk tenang dan mendengar.Sekarang ini aku cuba untuk belajar menerima hakikat yang dia tiada lagi dalam hidupku dan tidak mungkin dia akan kembali mewarnai kehidupanku.Kepada EMS “terima kasih i ucapkan kerana sudi membuka sedikit ruang dihati u untuk i dan membuat i berasa bahagia walaupun ia hanya sementara..... Akan i kenang saat bahagia itu sehingga ke akhir hayat i dan Maafkan i kerana gagal menjadi yang terbaik untuk u”.Walau dimana pun aku berada sekarang,cintaku padamu takkan pernah berubah walau sedikit pun dan aku sentiasa berharap suatu masa nanti kau akan kembali mewarnai hidupku kembali.

Wednesday, 20 March 2013

Difinasi Cinta menurut AL-Quran


Assalamualaikum,
Disini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua tentang pengertian cinta.Kita selalu dengar berbagai taksiran tentang cinta,cinta itu buta,cinta suci,ada yang berkekalan dan ada yang kecundang.Itulah bahana kesan cinta.Mari kita kaji satu-persatu maksud cinta yang terdapat didalam A-Qur’an.
Kata cinta dalam Al Qur’an disebut Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah), keduanya memiliki erti yang sama yaitu menyukai, senang, menyayangi.Sebagaimana dalam surah Ali Imram (14) :
3:14
“Dijadikan indah dalam pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga).” Dalam ayat ini Hubb adalah suatu naluri yang dimiliki setiap manusia tanpa kecuali baik manusia beriman maupun manusia durjana.
Dari penbacaan saya terdapat satu hadis mengenai cinta,tetapi saya lupa dari siapa perawinya,disini saya kongsikan buat tatapan semua :
“man ahabba syai’an fa huwa `abduhu”, Barang siapa yang mencitai sesuatu pasti dia akan diperbudak olehnya. Berikut ini akan saya bahas erti cinta menurut Alquran.
Menurut hadis Nabi, orang yang sedang  jatuh cinta cenderung  selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu),kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu). Kata Nabi juga,
ciri dari cinta sejati ada tiga :
(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain.
(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain.
(3) lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemahuan orang lain atau diri sendiri.
Didalam Al- Qur’an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:
1. Cinta Mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan “menyayangi”. Orang yang memiliki cinta jenis Mawaddah, mahunya selalu berduaan, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak biasa berfikiran lain.
2. Cinta Rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis Rahmah ini lebih
memperhatikan orang yang dicintainya disbanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih meskipun untuk itu ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya. Termasuk dalam cinta Rahmah adalah cinta antara orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam Al- Qur’an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham, yakni
orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologi  kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim.
Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi ertinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta Mawaddah dan Rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin,dunia akhirat.
3. Cinta Mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga tidak menpedulikan hal-hal lain, cenderung kurang diperhatikan.
Cinta jenis Mail ini dalam al Qur’an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.
4. Cinta Syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, kerinduan dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) biasanya seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tidak menyedari apa yang dilakukan. Al- Qur’an menggunakan terma Syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, isteri pembesar Mesir kepada Nabi Yusuf.
5. Cinta Ra’fah, yaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak tegas membangunkannya untuk solat, membelanya meskipun salah. Al- Qur’an menyebut terma ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta Ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini khusus hukuman bagi pezina (Q/24:2).
24:2
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”.

6. Cinta Shobwah, yaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al- Qur’an menyebut terma ni ketika mengkisahkan
bagaimana Nabi Yusuf  berdoa agar dipisahkan dengan Zulaikha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33).
12:33
Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya”.
7. Cinta Syauq (rindu). Terma ini bukan dari Al -Qur’an tetapi dari hadis yang menafsirkan Al_Qur’an. Dalam surah Al `Ankabut ayat 5 dikatakan : “bahawa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba”. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma’tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as’aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa’ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu. Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbah wa iltihab naruha fi qalb al muhibbi.
8. Cinta Kulfah. yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positif  meskipun sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut A-l Qur’an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286).
2:286
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
Jika kita melihat kepada sejumlah kitab tafsir, maka akan ditemukan begitu banyak pendapat para ulama tentang Sakinah, Mawaddah, dan Rahmah (QS Ar-Rum: 21).
30:21
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
Itulah tiga kondisi yang Allah SWT tanamkan dalam hati setiap manusia normal sebagai salah satu tanda dari kekuasaan-Nya.
Pada umumnya, para ulama menafsirkan rahmah sebagai bentuk kasih sayang yang wujudnya lebih dalam dari sekedar cinta. Ia terwujud dalam sikap suami yang melindungi, mengayomi, dan tidak ingin isterinya mendapat celaka dan gangguan.
Dengan demikian, perasaan pertama yang muncul pada diri seorang suami pada isterinya adalah sakinah (ketenangan) saat berada di sisinya. Kemudian ia melahirkanperasaan cinta, dan pada tahap selanjutnya sikap kasih sayang.
Sikap kasih sayang inilah yang membuat suami isteri tetap akur dan harmonis sampai pada usia senja meski dorongan syahwat dan cinta sudah melemah.
Adapun para ulama berpendapat, bahwa cara untuk mendapatkan sakinahmawaddah, dan rahmatPertama, takwa kepada Allah baik dari sebelum menikah, dalam proses menikah, terlebih lagi sesudah menikah. Kedua, memahami rambu-rambu serta hak dan kewajiban suami isteri. Dan ketiga, berdoa selalu kepada Allah agar diberi sakinah. mawaddah, dan rahmah tadi
Ada juga pendapat yang mengungkapkan tentang makna Sakinah, Mawaddah, dan Rahmah:
Pertama, Sakinah (ketentraman). Ia bermakna kecenderungan dan kecondongan hati. Artinya seorang lelaki (suami) akan senang dan merasa tenteram jika berada di samping wanita (isterinya).
Kedua, Mawaddah (cinta). Menurut Mujahid maknanya adalah jima (persetubuhan antara suami isteri). Namun, secara umum maknanya adalah kecintaan suami kepada isterinya.
Ketiga, Rahmah (kasih sayang). Ada yang menafsirkannya dengan kelahiran anak, sebagaimana bunyi firman Allah pada surah Maryam ayat 2 dan 7, yang menyebutkan anak sebagai rahmat.
Wallahu a’lam bish-shawab.
Rujukan : kitab Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin dan taksir Al-Quran.

Penemuan Saintifik dan Kelebihan Jika Kita BERWUDUK

Sabda Rasulullah (s.a.w)

"Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat(yg haram) bersamaan dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa2 yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dlm keadaan bersih dari dosa"

Hadith Riwayat Muslim



Beberapa Penemuan Saintifik Melalui Berwuduk:

1.Apabila air dingin melalui tubuh yg letih ia mampu melancarkan peredaran darah membuatkan tubuh lebih segar.


2 .Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.


3 .Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktivit hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan.


4.Boleh memperbaiki jaringan kulit dan buat kuku lebih sihat dan kuat..


5 .Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion2 negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri

Tuesday, 19 March 2013

Seandainya Wanita Tahu


Seandainya Wanita tahu..
Apabila seorang lelaki jatuh cinta,
Wanita itu tidak semestinya punya rupa paras yang cantik
tetapi wanita itu adalah segalanya di hatinya.


Seandainya Wanita tahu..
Apabila seorang lelaki itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia bersandiwara,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai wanita itu.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila seorang lelaki itu marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi wanita itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki itu bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu wanita mengenalinya dengan lebih dekat.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri sayangnya yang sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki merajuk,


Dia bukan mahu anda membelainya
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat lelaki itu rasa dihargai.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu wanita itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki itu berkata dia sangat merinduimu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki kata wanita lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun lelaki menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana wanita itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah,hati lelaki sangat lembut walaupun luaranya kelihatan tegas dan garang
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki berkata,
“Tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Lelaki sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Seandainya Wanita tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Lelaki itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik ketegasan sikapnya,
tersimpan seribu satu perasaan sayang
yang selalu menjadikan seorang wanita itu merasa selamat bersamanya.

Bila Hati Berbicara



Bila Hati berbicara tiada apa yang dapat ku ungkapkan,mulut tertutup rapi hanya 
Tangan yang menari-nari mengikut rentak alunan hati.


Assalamualaikum,
Selamat pagi pembaca semua diharapkan kita semua berada dalam keaadaan sihat dan dirahmati Allah S.W.T selalu.

Hati manusia ni sama... semua berperasaan..
kalau tak berperasaan tu bukan manusia namanya
ada yang cepat benar tersentuh hatinya...
ada yang keras hatinya .. lambat nak terasa hatinya..

sepanjang penghidupan aku di dunia ini..
tahap kemasinan garam yang telah dirasai sedikit sebanyak mengajar aku betul lurus kehidupan..
aku belajar bahawa
salah! jika kamu beranggap semua orang akan bahagia jika kau bahagia..
salah! jika kamu beranggapan setiap senyuman yang dilemparkan itu akan mendapat balasan yang sama
salah! jika kau beri gula gula orang akan ingat kemanisannya sampai mati
salah! jika kau anggap semua angguk itu tanda setuju..

namun...
betul! tak semua orang itu berhati hasad
betul! kebaikan akan menang.. dan kejahatan akan kalah juga akhirnya..
betul! kebahagiaan akan datang selepas kesusahan

Betul! percayalah ..

jika kita buat salah.. sudah tentu akan dipandang salah dan orang akan cepat menghukum!
jika kita buat betul.. pun masih ada orang yang mahu memandangnya sebagai kesalahan..
jadi.. buatlah yang betul yang disukai Allah..! kerana,
hanya Allah sahaja Penilai yang sebenar benarnya atas segala sesuatu!

aku tak perlu terlalu memikirkan mahu membuat segalanya seperti yang kamu mahu..
kerana sudah jelas setiap jenis kebaikan yang ku buat tetap tidak akan pernah cukup.. jika kau tetap tidak mahu menerimanya..

Perjalanan Sebuah Kehidupan


Perjalanan hidup ini tiada siapa yang dapat meramalnya. Keindahan pentas dunia, sering kali mengkhayalkan para pelakonnya daripada menjiwai watak sebenar sebagai seorang hamba-Nya. Firman Allah dalam surah al-Imran ayat 14, yang bermaksud:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada syahwat (perkara yang diingini nafsu), iaitu wanita-wanita, anak-pinak dan harta benda yang banyak melimpah-limpah berupa emas, perak, kuda-kuda yang dipelihara yang bertanda serta baik, binatang-binatang ternakan serta kebun-kebun tanaman. Demikian itu merupakan kesenangan hidup di dunia. (Ingatlah) Di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).”


Disepanjang hayat sejarah kemanusiaan, dalam tamadun mana sekalipun, meski apa darjatnya, meski sebayak mana sekalipun kekayaan hartanya, yang mempercayai kewujudan Tuhan ataupun tidak, seluruh kelompok manusia kesemuanya tidak akan mampu menafikan satu hakikat yang nyata, iaitu maut. Sesungguhnya, seluruh manusia akan melalui episod yang sama pada akhir ceritera hidupnya dengan menemui ajalnya. Setiap yang bernyawa akan merasai mati (rujuk: Surah al-Imran, ayat 185).

Tidak ada yang perlu dibanggakan dalam hayat kehidupan di dunia ini, kerna segala-galanya hanyalah bersifat sementara. Hayati firman Allah azza wa jalla dalam surah Yunus ayat 24, yang bermaksud:
“sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah (dengan suburnya) tanam-tanaman di bumi daripada jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang ternakan. Hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan pendudunya pun menyangka bahawa mereka pasti menguasainya (dapat mengambil hasilnya), tiba-tiba datang perintah Kami (menimpakan bala bencana) pada waktu malam atau pada siang hari, lalu Kami jadikannya hancur-lebur bagaikan tanaman yang sudah dituai, seolah olah tidak tumbuh semalamnya. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami satu persatu kepada kaum yang mahu berfikir.”


Dalam kehidupan manusia segenap lapisan masyarakat, tersemat disanubari satu lagi hakikat yang sering didambakan dan yang tidak dapat disembunyikan buat selama-lamanya sampai akhir usia dunia, iaitu apa yang dinamakan sebagai kebenaran. Sebagaimana manusia tidak dapat lagi menafikan kehadiran maut, demikian juga manusia tidak akan dapat mendustakan kebenaran. Setelah maut memisahkan jasad dan nyawa, maka manusia akan melihat kebenaran yang jelas nyata. Sesungguhnya kebenaran itu adalah disisi Tuhan Yang Maha Esa.

Apabila seseorang itu tidak “menemui” Tuhan atau tidak ada hubungan dengan Tuhan (habluminallah), maka perjalanan hidup yang luas ini terasa sempit baginya dan tidaklah kehidupan ini mampu memberi apa-apa makna dalam hayat hidupnya. Percayalah, tidak ada apa-apa yang hilang disisinya apabila dia ada Allah (beriman kepada Allah), dan tidak ada apa-apa yang dijumpainya atau diperolehinya apabila tidak ada iman dalam hatinya kepada kebesaran kerajaan Allah tabaraka wa taala.

Sesungguhnya kehidupan ini adalah suatu keajaiban. Maka, lihatlah kehidupan ini dengan kaca mata yang benar dalam aspek mencari kebenaran, akur kepadanya serta mempertahankannya sehingga hembusan nafas yang terakhir.

Rasulullah saw pernah mengkhabarkan perihal bagaimana kejadian manusia diciptakan secara berperingkat dengan begitu menakjubkan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih mereka, dari sahabat Abdullah bin Mas’ud ra menyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya setiap daripada kalian dikumpulkan penciptaannya dalam perut ibunya berbentuk nuthfah (setitis air mani) selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi bentuk ‘alaqah (gumpalan darah) selama masa itu (40 hari), kemudian menjadi mudhghah (gumpalan daging) selama masa itu (40 hari) pula. Kemudian diutus kepadanya Malaikat, lalu ditiupkan kepadanya roh dan dia (Malaikat) diperintahkan untuk menulis empat perkara (terhadapnya); menulis rezekinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya.”

Setelah peringkat-peringkat penciptaan ini menyempurnakan kejadiannya, maka lahirlah makhluk yang bernama manusia dalam alam dunia. Ketika manusia dilahirkan, dia tidak ada sebarang pengetahuan mengenai kehidupan ini malah dia tidak mengerti akan tujuan penciptaannya di atas permukaan bumi. Namun, hari berganti hari, tahun berganti tahun, manusia membesar secara berperingkat pula lalu menafsirkan hidup ini melalui peristiwa demi peristiwa yang Allah tabaraka wa taala membawanya dengan penuh hikmah.

Sewaktu perkhabaran Rasulullah saw ini, era Baginda saw beserta para sahabah belum ada sebarang teknologi yang canggih untuk mengkaji serta menjalankan penyelidikan berhubung peringkat-peringkat kejadian manusia. Sungguh, para profesor dunia Barat baru mengetahui hal ini hanya belakangan ini sahaja itupun dengan melalui kajian-kajian yang mendalam beserta bantuan alatan-alatan teknologi moden abad ke-20.

Kebenaran tetap kebenaran meskipun memerlukan berabad lamanya untuk dibuktikan kebenarannya. Namun, ketika Rasulullah saw mengungkapkan perkara ini pada eranya, Baginda saw dikatakan oleh bangsanya sendiri sebagai seorang ahli sihir sesat malah ada yang mengatakannya seorang yang gila! Sekarang lihat, pihak yang mana yang benar-benar diatas jalan kebenaran dan pihak yang mana yang menyalak laungan pendustaan.

Beberapa faedah yang dapat kita peroleh melalui hadis ini. Pertama, berimanlah seteguhnya dengan kebenaran yang dibawa dan jangan sesekali terpengaruh dengan ideologi masyarakat sekeliling yang kebanyakkannya bersimpang daripada landasan kebenaran. Sememangnya dunia akhir zaman ini telah menjadikan golongan-golongan yang membawa kebenaran sebagai “golongan yang asing”. Sungguh, agama ini datang dalam keadaan asing dan akan kembali menjadi asing. Maka teguhkanlah semangat perjuangan demi mendaulatkan ketulenan agama yang suci ini.

Kedua, hadis ini menjadi salah satu dalil yang menunjukkan bahawasanya setiap perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah saw adalah daripada Allah azza wa jalla. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran al-azim bahawasanya setiap yang diperkatakan oleh Muhammad itu tidak lain adalah wahyu daripada-Nya dan bukan pula mengikut hawa nafsunya.
Logik akal mengatakan, mana mungkin seorang manusia yang tidak tahu membaca dan menulis mampu mengkhabarkan peringkat-peringkat kejadian manusia secara terperinci tanpa sebarang bantuan teknologi moden melainkan diberitakan kepadanya oleh Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Ketiga, hadis ini menjadi dalil bahawa roh manusia ditiupkan oleh Malaikat setelah 120 hari dalam kandungan. Daripada hadis ini juga para sarjana mengambil hukum, mengeluarkan fatwa lalu menyelesaikan beberapa masalah.
Contohnya, apabila terjadinya keguguran setelah 120 hari dalam kandungan (setelah roh ditiupkan), maka mayat bayi itu harus dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan ditanah perkuburan Islam. Bahkan harus diberi nama dan diadakan aqiqah untuknya, sebab bayi itu telah menjadi manusia yang sempurna dan tetap atasnya hukum orang dewasa dalam hal ini.

Keempat, hadis ini juga menunjukkan betapa Allah tabaraka wa taala meletakkan perhatian-Nya keatas hamba-hamba-Nya yang kerdil ini. Betapa Allah sangat-sangat teliti terhadap ciptaan-Nya sehingga meletakkan tugas khas kepada sebahagian Malaikat-Malaikat-Nya untuk mengawasi manusia ketika dalam kandungan ibunya, juga mengutuskan Malaikat ketika ia lahir kedunia, demikian pula ada Malaikat yang diutus untuk menutup tirai lakonannya diatas pentas dunia yang fana. Ini semua menunjukkan betapa besar perhatian Allah taala kepada kita meskipun sebilangan hamba-hamba-Nya sering melupakan-Nya. (Pesanan untuk diri penulis dan pembaca yang mulia.)

Kelima, bahawasanya rezeki, ajal, amal, dan kecelakaan atau kebahagiaan seseorang telahpun ditulis dan hal ini menafikan ideologi sebahagian kelompok yang menyatakan bahawasanya Allah tidak tahu apa yang makhluk bakal lakukan melainkan setelah perkara itu telah dilakukan oleh makhluk-Nya. Sungguh keji perkataan mereka.
Jika ada yang bertanya: Seandainya segalanya ini telah dituliskan, adakah ini bererti kita tidak perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki? Maka katakanlah kepada orang itu bahawa kita diperintahkan untuk berusaha. Sesungguhnya, manusia manapun tidak ada yang tahu akan apa yang telah dituliskan untuk dirinya. Kerana itu, kita hanya diperintahkan untuk berusaha mendapatkan apa yang bermanfaat untuk kita dan menjauhi dari apa yang membahayakan kita.

Dalam hadis yang sama, Rasulullah saw melanjutkan ucapannya:
“Demi Allah yang tidak ada Tuhan yang berhaq diibadahi dengan benar selain-Nya, sesungguhnya ada diantara kalian yang beramal dengan amalan ahli Syurga sehingga jarak antara dirinya dengan Syurga tinggal sehasta, akan tetapi ketentuan (takdir) telah mendahuluinya kemudian dia beramal dengan amalan ahli Neraka, maka masuklah dia kedalam Neraka. Dan sesungguhnya diantara kalian ada yang beramal dengan amalan ahli Neraka sehingga jarak antara dirinya dengan Neraka tinggal sehasta, akan tetapi ketentuan (takdir) telah mendahuluinya kemudian dia beramal dengan amalan ahli Syurga, maka masuklah dia kedalam Syurga.”

Seandainya dia mengerti bahawasanya tidaklah Allah menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Nya, maka selamatlah dia dengan kebenaran kalamullah itu. Kontradiksinya, jika dia gagal untuk menghayati kebenaran agama yang suci ini (Islam), dukacitalah dipengakhiran hayatnya diabadikan dalam Neraka. (Semoga Allah memelihara kita semua).

Lanjutan hadis ini menjelaskan kepada manusia, bahawasanya diakhir ceritera anak cucu Adam terdapat dua kemungkinan, iaitu sengsara atau bahagia. Firman Allah dalam surah Hud ayat 105 yang bermaksud:
“Maka diantara mereka ada yang celaka dan ada yang bahagia.”
Firman-Nya lagi dalam surah at-Taghaabun ayat dua yang bermaksud:
“Dia-lah yang menciptakan kamu maka di antara kamu ada yang kafir dan di antara kamu ada yang mukmin.”
Pohonlah kepada Allah agar Dia menjadikan kita semua termasuk golongan yang diredhai-Nya, yang dapat mengecapi nikmat kebahagiaan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Bahagian kedua dalam hadis ini membawa satu pesanan yang amat menggugat jantung hati manusia. Antaranya, kita diperintahkan untuk istiqamah dalam urusan kehidupan. Sesungguhnya istiqamah bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan meskipun ringan di lidah yang mengungkapkan.
Bayangkanlah, betapa rugi insan yang sepanjang hayatnya beramal dengan amalan ahli Syurga namun dihujung persimpangan hayatnya dia beramal dengan amalan ahli Neraka, maka tergelincirlah dia kedalam Neraka kerana tidak istiqamah beramal dengan amalan ahli Syurga. Disini, wujud kepentingan untuk terus teguh istiqamah beramal dengan amalan-amalan yang diredhai-Nya kerna kita tidak tahu bila nyawa kita akan diambil oleh Malaikat Maut.
Demikian juga sebaliknya, kita tidak boleh untuk menghukum seseorang yang sering melakukan kejahatan dan kemungkaran disepanjang hayatnya. Siapa tahu, mungkin diakhir-akhir hidupnya dia mula insaf dan mula beramal dengan amalan ahli Syurga lalu dia dimasukkan dengan rahmat Allah ke dalam Syurga?

Harus diingat, untuk memperoleh hidayah Allah atau mencari petunjuk Allah swt adalah lebih mudah jika dibandingkan untuk teguh istiqamah diatasnya. Perlaksanaan istiqamah ini secara tidak langsung menuntut kita untuk berada tetap diatas landasan kebenaran yang lurus sehingga diakhir persimpangan kita menemui ajal. (Mudah-mudahan hayat kita ditutup dengan kebaikan.)

Dalam aspek kelangsungan dakwah, contohilah Nabi Nuh as yang istiqamah dengan agenda dakwahnya selama hampir seribu tahun. Sebagaimana diberitakan dalam al-Quran, Nabi Nuh as berkempen siang dan malam dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah dakwah. Namun, apa kata Nabi Nuh as? Katanya, tidaklah bertambah jumlah orang yang mahu menerima dakwahnya melainkan mereka lari daripadanya. Mereka tutup telinga dengan jari-jemari mereka dan mereka tutup kepala mereka dengan pakaian mereka tanda protes dengan dakwah Nabi Nuh as. Itupun Baginda as tidak berputus asa menggerakkan dakwahnya di atas muka bumi ini.