Friday 15 March 2013

Aduhai cinta .. Manis ader .. Pahit pun ader ....

Cinta adalah perkara yang paling indah bagi setiap pasangan yang sedang hangat dilamun cinta.Keluar dating,tengok wayang,makan bersuap suapan.Semua itu adalah rutin yang sering dilakukan semasa sedang hangat dilamun cinta.Tak kisahlah pada siapa pun, tiada yang terkecuali termasuklah saya,anda yang sedang membaca journal saya ini dan sapa-sapa saja yang ada diluar sana.... 

Memang sudah menjadi lumrah,dalam setiap perhubungan itu bukanlah selalunya indah.Kadangkala sesekali kita akan bertengkar juga dengan pasangan kita itu tak kiralah apa sebabnya sekalipun.Perkara-perkara sebegini sememangnya sudah menjadi asam garam dalam setiap perhubungan yang terjalin.Samaada kita suka mahupun tidak,suatu masa nanti.Kita tetap akan melaluinya juga,yang membezakanya cepat atau lambat saja. 

Kata orang kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai,bila berlakunya pertengkaran.Pasangan harus memainkan peranan yang penting,tidak kiralah lelaki ataupun wanita semuanya mesti sama-sama bersikap profesional dan proaktif.Kita tidak boleh terlalu mengikutkan perasaan sangat kerana semua itu hanya menambah burukan lagi keadaan. 

Janganlah sesekali kita menyalahkan sesama sendiri kerana semua itu berpunca daripada sifat ego dari diri kita sendiri.Kadang- kadang biasalah kita ini lelaki mahupun wanita masing nak menunjukan ego masing-masing.Yang wanita nak kata yang dia tu betul,yang lelaki juga pun nak kata dia jugak betul.Penyudah nya pertengkaran yang kecil pun mula menjadi besar dek kerana sifat ego masing ini tadi.Sebaliknya kita haruslah tenang dan banyak bersabar dalam menghadapi permasaalahan dalam hubungan kita itu.bawak bawaklah duduk berbincang sama-sama,kaji dan carilah dimana letaknya keburukan dan kekurangan masing masing serta sama samalah untuk memperbaiki nya. 

Kita haruslah bijak dalam mengawal situasi permasaalahan kita itu dan ambilah langkah yang positif untuk menyelesaikanya,insyaallah masalah yang timbul itu akan dapat diselesaikan dengan mudah tampa melukakan hati mana-mana pihak.Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku itu mengajar kita menjadi lebih matang dalam menempuh cabaran dihari yang mendatang dan setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian nya ...

No comments:

Post a Comment