Saturday 16 March 2013

Luahan hati seorang PERINDU

Hari ni hari Sabtu 16/3/2013,genap 1 bulan 5 hari kita tidak berhubung.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa rindunya i pada u.Semakin i cuba untuk melupakan u,semakin kuat perasaan cinta dan sayang i pada u.I rindu sangat nak dengar suara u,nak dengar gelak tawa u,nak dengar u bercerita.Bagi i itu suatu kenangan terindah yang pernah berlaku dalam hidup i. Setiap pagi apabila terjaga dari tidur  i pasti akan melihat handphone kalau-kalau ada mesej "Good morning" daripada u,walaupun i tahu tidak mungkin ada mesej daripada u lagi tetapi i tetap mengharap.

Untuk pengetahuan u sekarang ni kita dah duduk dekat sangat,tapi sayangnya i hanya mampu memandang u dari jauh.Mungkin sekarang ni u sedang bahagia dan gembira dengan kehidupan u dan mungkin juga sekarang ni u dah tak ingat pada i lagi.Walaupun jauh disudut hati ni i merasa sedih tetapi i gembira melihat u ketawa,i bahagia melihat u bahagia.Seperti mana yang pernah i katakan pada u dulu,cinta dan kasih sayang i pada u takkan berubah.Masih mekar ditaman hati i hingga ke saat ini.Walaupun ketika ini i hanya mampu memandang u dari jauh itu sudah sebesar rahmat untuk i.Disini i sentiasa mendoakan kebahagiaan untuk u dan semoga Allah S.W.T merahmati hidup u.Always Love U EMS

No comments:

Post a Comment