Tuesday 19 March 2013

Seandainya Wanita Tahu


Seandainya Wanita tahu..
Apabila seorang lelaki jatuh cinta,
Wanita itu tidak semestinya punya rupa paras yang cantik
tetapi wanita itu adalah segalanya di hatinya.


Seandainya Wanita tahu..
Apabila seorang lelaki itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia bersandiwara,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai wanita itu.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila seorang lelaki itu marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi wanita itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki itu bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu wanita mengenalinya dengan lebih dekat.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri sayangnya yang sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki merajuk,


Dia bukan mahu anda membelainya
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat lelaki itu rasa dihargai.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu wanita itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki itu berkata dia sangat merinduimu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki kata wanita lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun lelaki menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana wanita itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah,hati lelaki sangat lembut walaupun luaranya kelihatan tegas dan garang
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Seandainya Wanita tahu..
Apabila lelaki berkata,
“Tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Lelaki sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Seandainya Wanita tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Lelaki itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik ketegasan sikapnya,
tersimpan seribu satu perasaan sayang
yang selalu menjadikan seorang wanita itu merasa selamat bersamanya.

No comments:

Post a Comment